Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

calon isteri idaman

di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang kacak, beriman serta cerdik. pada suatu hari dia mengatakan hasratnya mahu mengahwini gadis yang beriman serta bijak sepertinya kepada keluarganya. hasrat itu disokong oleh keluarganya.

pemuda itu pun memulakan penggembaraannya dengan menunggang sebuah kuda dari satu kampung ke kampung yang lain. akhirnya selepas lama mengembara, dia berhenti di sebuah kampung. sedang dia berehat, dia terjumpa dengan seorang lelaki. lelaki itu mempelawanya berjalan bersama-sama dengannya. pemuda itu meneruskan perjalanan bersama lelaki itu. sebelum bertolak pemuda itu bertanya kepada lelaki itu

"saudara, saya ingin bertanya kepadamu. adakah saudara hendak membawa saya ataupun saya yang patut membawa saudara?"

lelaki itu hairan. dia pun berkata dengan suara yang lantang "mengapakah saudara begitu bodoh. saya menunggang kuda dan saudara juga menunggang kuda sendiri. bagaimana pula saya hendak membawa saudara naik bersama dengan saya?"

pemuda itu mendiamkan diri apabila mendengar jawapan dari lelaki itu. kemudian, mereka meneruskan perjalanan dan tiba ke sebuah kampung. kampung itu mempunyai banyak kebun buah. pada masa itu, pokok buah-buahan sedang masak ranum dan belum dipetik oleh tuannya. pemuda itu berasa kagum dan bertanya kepada lelaki itu

"apakah pandangan saudara berkenaan pokok buah itu?adakah tuan punya kebun itu sudah memetik buahnya?"

lelaki itu memandang pemuda itu dan menjawab "mengapakah saudara bertanya begitu?tidakkah saudara nampak sendiri, buah-buahan itu masih tergantung di pokoknya dan belum dipetik lagi. mengapa pula saudara bertanya berkenaan buah yang masih belum dipetik dan dimakan oleh tuannya?itukan pelik namanya?

pemuda itu hanya mendiamkan diri apabila lelaki itu menjawab dengan nada pertanyaan seperti memarahinya.

kemudian mereka meneruskan perjalanan.tiba-tiba dalam perjalanan itu, mereka terserempak dengan rombongan yang sedang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

pemuda kacak dan bijak itu mengajukan pertanyaan kepada lelaki yang bersamanya. dia berkata

"apakah pandangan saudara, adakah mayat yang berada dalam keranda itu masih hidup atau sudah mati?"

lelaki itu begitu hairan dengan pertanyaan pemuda itu sambil mengelengkan kepalanya dan menjawab dengan suara yang garau " saya semakin tidak faham dengan sikap saudara." dengan nada marah dia menyambung " sepanjang hidupku belum pernah saya berjumpa dengan pemuda yang begitu BODOH seperti saudara. sudah tentu jenazah dalam keranda itu sudah mati. apabila sudah mati perlu ditanam di tanah perkuburan"

pemuda yang mendengar jawapan lelaki itu terus mendiamkan diri. dia tidak berani menjawab ulasan yang diberi oleh lelaki itu..

**sebelum saya memberikan jawapan pemuda itu, apakah pendapat anda mengenai soalan-soalan yang diajukan oleh pemuda tersebut? jika anda menjadi lelaki itu adakah anda juga akan menjawab kepada pemuda itu dengan jawapan yang sama? apakah jawapan yang berlegar-legar di fikiran anda?

Thursday, February 11, 2010

"buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat" ya ke?


post ni spttnya utk kejadian semalam (10/2/10)

"buat baik di balas baik
buat jahat di balas jahat"

kadang2 kamu ada terfikir tak yang peribahasa ni tak boleh pakai...sy rasa peribahasa ini tidak selalunya blh dipakai terutamanya utk org yg baik mcm sy ni..knape? meh kita lihat bbrp kejadian yg menimpa bila sy berbuat baik..

1. di parking lot kereta saya di halang oleh sebuah kereta. kerana tidak mahu kereta orang lain mengalami kecalaran mencari pelbagai ikhtiar utk keluar dan akhirnya menyebabkan kereta sy tercalar..sdgkn dia kereta itu berslh kerana menghalang sy...TP.. bila sy meghlg kereta org, kereta sy dikemikkan dan tayar di tembuskn dgn objek tajam shgga tayar sy pancit...sedih x?

2. saya menghadiri mesyuarat di luar kwsn pjbt.usai mesyuarat kwn sy minta bantuan sy utk hntrnya ke stesen bas. sy pn hntr.lps hntr sy trus pulg ke pjbt ttp on d way terserempak dgn rakan sekerja...then sampai d pjbt, sy dtuduh mengular/berfoya-foya pd waktu kerja...aduhh..sedih..!

3. d saat kwn kesempitn wang, sy hulurkn bantuan kwgn. ttp sperti prinsip sy, kalu nk tlg jgn kecoh..tgn kanan memberi, tgn kiri xthu pape...jd kwn sy tu xthu dia telh dibantu kwgn dr sy. dia rasa wang tu dr org lain n lain andaian tpp tidak terfikirkan sy kerana dia dh cop saya KEDEKUT...

4. seorg rakan sekerja tlh melakukan kesilapan dan disedari oleh doktor ketika sy mengambil alih tugas itu.akhirnya sy dimarahi. tetapi saat sy ada melakukan kesilapan dan disedari doktor ketika kwn sy mengambil alih tugas dr saya "dia xbgtau pun...", "dia kata mcm ni" dll menjtuhkan keslhn ke atas sy...kita bkn main nk jg muka org lain, tp org lain..hurmm..

5. saya berkongsi satu perniagaan nasi dgn 2 org lg rakan..saat dia ada kelas sy take care everything..amik nasi, kutip wang, n edarkn ke blk2 n 3 blok yg berlainan ttp saat sy ada kelas. bussiness stop trus..tp duit dbahagi sama rata...mcm kena buli plak


dll..mls nk fikir..kalau ada mslh i'm not the one yg jenis suka fikir psl mslh..let it go except hari2 PMP happens

so,

adakah ini dipanggil baik yang xbertempat atau dgn kata kasar BODOH?..
i'm just don't want to hurt other people..

Friday, January 08, 2010

kita ni org berakal ke?

just now i was so boring, nothing to do..then i decided to take this book at my sister bookshelf. baca n baca...terkejut jupe bab org berakal..rupa2nyai though i seorang yang berakal....rupa2nya i'm not qualified enough to be called orang yang berakal...so whose yg selama ni perasan dia org yg berakal..let's we check it


ciri-ciri orang berakal

orang yang berakal itu ada 14 perkara iaitu:

1. meninggalkan kemuliaan
2. meninggalkan takbur
3. sangat gemar melakukan ibadat
4. sangat gemar melakukan kebaikan
5. amat benci melakukan kejahatan
6. amat kasih kepada orang yang berilmu (alim) dan mempunyai adab yang mulia
7. membalas jasa orang lain ke atas dirinya
8. segera membayar hutang jika yang memberi hutang itu masih ada
9. meninggalkan kemarahan
10. murah tangan kerana bersedekah, manis mulut ketika bercakap, dan manis muka apabila berhadapan dengan orang lain
11. amat sayang kepada kaum kerabat
12. enggan memakan benda yang haram
13. mahu terkena dan tidak mahu mengena
14. amat benci pada orang yang suka membesar diri dan bersikap ego


so, are u qualified???