Disini saya ingin kongsikan antara amalan-amalan yang boleh dilakukan di Bulan Ramadhan ini..
1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2. Menempah pakaian untuk Ramadhan
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
5. Berazam melakukan terawih 20 rakaat
6. Bertadarus
7. Solat jemaah setiap waktu dan seeloknya di masjid atau surau
8. Amalkan Qiyamulail
9. Sahur di waktu akhir. Elakkan makanan yang tidak hadam, pedas dan tutup sahur dengan air susu
10. Mandi janabat sebelum Imsak
11. Kurangkan tidur
12. Tunaikan solat sunat fajar (subuh)
13. Tunaikan solat sunat Dhuha
14. Tidur di waktu rehat (1 jam sebelum Zohor)
15. Tunaikan solat Rawatib
16. Elakkan gosok gigi pada waktu petang
17. Jaga pancaindera
18. Hadiri majlis ilmu
19. Berbuat baik kepada ibubapa
20. Banyakkan bersedekah
21. Banyakkan selawat, istigfar bertasbih
22. Elakkan menonton TV atau perkara yang mengandungi unsur nafsu
23. Elakkan mendengar radio yang berunsur hiburan
24. Elakkn sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
25. Elakkan banyak berhutang
26. Tunaikan zakat fitrah
27. Melepaskan Ramadhan dengan sedih ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
selamat beramal....~ (^_^)..
No comments:
Post a Comment