Sunday, February 21, 2010

bukan niatku

Mengapa ya engkau seolah-olah melarikan diri dariku saat diriku terdetik rasa sayang kepadamu..apakah salahku..dimanakah kemesraanmu dulu terhadapku..andai diri ini ada melakukan kesilapan..ku mohon sejuta kemaafan..tapi mengertilah bukan niatku untuk melakukan kesilapan...fahamilah keadaanku, fahamilah situasiku...

bukan niatku untuk mengabaikan tanggungjawabku tetapi fahamilah dengan masa yang sentiasa mencemburuiku, kerja -kerja yang tak pernah mahu berenggang dariku dan teman-teman pembantu yang tidak mencukupi memaksaku untuk mengabaikan sesetengah tanggungjawabku.
fahamilah..letaklah engkau di tempatku

jauh di lubuk hati ini sentiasa ingin memberikan yang terbaik.
ingin menyempurnakan segala amanah yang telah diberi.
mencurahkan segala ilmu di dada
maaf dipinta andai kecuaianku telah membawa engkau ke lembah kehinaan, keherdikan dan kesukaran
ku harap kau mengerti mengapa ini harus terjadi

ku tahu hatimu hampa..tp bagilah ruang untuk hati ini.
yang berlalu biarlah jadi kenangan..lepaskanlah..biarkanlah..
ku telah lelah mencari..berlari-lari..tanpa erti..terumbang-ambing dalam kebimbangan

No comments: