mereka meneruskan perjalanan dan tiba di rumah milik lelaki itu. lelaki itu mempelawanya bermalam di rumahnya. dia kasihan melihat pemuda itu yang kelihatan begitu letih. lelaki itu pun masuk kedalam rumahnya dan berjumpa dengan anak gadisnya yang cantik
apabila melihat bapanya membawa seorang pemuda balik ke rumah mereka, anak gadis lelaki itu pun bertanya kepada bapanya
"siapakah pemuda yang pulang bersama bapa?"
"dia adalah pemuda paling bodoh yang tidak pernah aku temui sebelum ini"
anak gadis itu berasa hairan dengan jawapan bapanya. dia bertanya lagi "apakah maksud bapa?adakah benar pemuda itu bodoh?"
lelaki itu memandang wajah anaknya dan mengajak duduk bersama dengannya. kemudian, dia menceritakan pertemuan dengan pemuda itu serta segala pertanyaan yang di ajukan sepanjang meraka bersama dalam perjalanan.
apabila selesai mendengar cerita bapanya, gadis itu berkata "mengapakah bapa berkata pemuda itu bodoh?bagi saya pemuda itu tidak bodoh malahan dia itu begitu cerdik dan cerdas otaknya"
lelaki itu hairan dengan kata-kata anak gadisnya dengan wajah yang berkerut-kerut. anak gadisnya menyambung "bapa, setiap kata-kata lelaki itu mempunyai maksud yang tersembunyi. contohnya, apabila dia bertanya sama ada bapa yang akan membawanya ataupun dia yang akan membawa bapa, itu mengandungi maksud yang lain"
lelaki ini bertanya kepada anaknya "apakah maksudnya. cuba kamu jelaskan?"
anak gadis itu tersenyum dan menjawab:
"bagi pertanyaan pertama, maksudnya adakah bapa dan pemuda itu dapat berbincang antara satu sama lain sehingga menjalin hubungan yang baik dengan bapa"
"bagi pertanyaan kedua, bermaksud sama ada tuan kebun itu sudah menjual buah-buahannya sebelum dimakan atauapun tidak. ini kerana apabila sudah dijual, bermakna tuan punya kebun itu sudah mendapat hasilnya dan daripada wang yang diperoleh itu akan dibelanjakan untuk keluarganya dan diberikan kepada orang yang memerlukan"
"bagi pertanyaan ketiga, itu bermaksud sama ada jenazah itu mempunyai anak yang dapt meneruskan perjuangannya ataupun tidak"
apabila mendengar perjelasan daripada anak gadisnya, lelaki itu pun keluar dari rumahnya dan berjumpa dengan pemuda itu yang sedang duduk di luar rumah. lelaki itu meminta maaf atas kekasarannya menghina pemuda itu. lelaki itu pun menceritakan kepada pemuda itu berkenaan pandangan anak gadisnya bagi pertanyaan oleh pemuda itu semasa mengembara.
apabila mendengar kata-kata daripada lelaki iitu, pemuda itu pun bertanya " demi Allah, jawapan yang saudara kemukakan itu bukan daripada saudara. beritahu saya siapakah yang memberi jawapan yang begitu baik itu?" "anak gadis saya yang memberikan jawapan itu" kata lelaki itu sambil tersenyum
"sudikah saudara megambil saya menjadi menantu saudara?" ujar pemuda itu dengan spontan " Ya Allah sudah tentu boleh" jawab lelaki itu tanpa berfikir panjang. akhirnya pemuda itu bertemu dengan calon isteri yang menjadi idamannya.
1 comment:
Haha..menyimpang jauh tul jawapan zati...x terkena langsung..huhu
Post a Comment