Saturday, February 13, 2010

calon isteri idaman

di sebuah kampung, ada seorang pemuda yang kacak, beriman serta cerdik. pada suatu hari dia mengatakan hasratnya mahu mengahwini gadis yang beriman serta bijak sepertinya kepada keluarganya. hasrat itu disokong oleh keluarganya.

pemuda itu pun memulakan penggembaraannya dengan menunggang sebuah kuda dari satu kampung ke kampung yang lain. akhirnya selepas lama mengembara, dia berhenti di sebuah kampung. sedang dia berehat, dia terjumpa dengan seorang lelaki. lelaki itu mempelawanya berjalan bersama-sama dengannya. pemuda itu meneruskan perjalanan bersama lelaki itu. sebelum bertolak pemuda itu bertanya kepada lelaki itu

"saudara, saya ingin bertanya kepadamu. adakah saudara hendak membawa saya ataupun saya yang patut membawa saudara?"

lelaki itu hairan. dia pun berkata dengan suara yang lantang "mengapakah saudara begitu bodoh. saya menunggang kuda dan saudara juga menunggang kuda sendiri. bagaimana pula saya hendak membawa saudara naik bersama dengan saya?"

pemuda itu mendiamkan diri apabila mendengar jawapan dari lelaki itu. kemudian, mereka meneruskan perjalanan dan tiba ke sebuah kampung. kampung itu mempunyai banyak kebun buah. pada masa itu, pokok buah-buahan sedang masak ranum dan belum dipetik oleh tuannya. pemuda itu berasa kagum dan bertanya kepada lelaki itu

"apakah pandangan saudara berkenaan pokok buah itu?adakah tuan punya kebun itu sudah memetik buahnya?"

lelaki itu memandang pemuda itu dan menjawab "mengapakah saudara bertanya begitu?tidakkah saudara nampak sendiri, buah-buahan itu masih tergantung di pokoknya dan belum dipetik lagi. mengapa pula saudara bertanya berkenaan buah yang masih belum dipetik dan dimakan oleh tuannya?itukan pelik namanya?

pemuda itu hanya mendiamkan diri apabila lelaki itu menjawab dengan nada pertanyaan seperti memarahinya.

kemudian mereka meneruskan perjalanan.tiba-tiba dalam perjalanan itu, mereka terserempak dengan rombongan yang sedang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

pemuda kacak dan bijak itu mengajukan pertanyaan kepada lelaki yang bersamanya. dia berkata

"apakah pandangan saudara, adakah mayat yang berada dalam keranda itu masih hidup atau sudah mati?"

lelaki itu begitu hairan dengan pertanyaan pemuda itu sambil mengelengkan kepalanya dan menjawab dengan suara yang garau " saya semakin tidak faham dengan sikap saudara." dengan nada marah dia menyambung " sepanjang hidupku belum pernah saya berjumpa dengan pemuda yang begitu BODOH seperti saudara. sudah tentu jenazah dalam keranda itu sudah mati. apabila sudah mati perlu ditanam di tanah perkuburan"

pemuda yang mendengar jawapan lelaki itu terus mendiamkan diri. dia tidak berani menjawab ulasan yang diberi oleh lelaki itu..

**sebelum saya memberikan jawapan pemuda itu, apakah pendapat anda mengenai soalan-soalan yang diajukan oleh pemuda tersebut? jika anda menjadi lelaki itu adakah anda juga akan menjawab kepada pemuda itu dengan jawapan yang sama? apakah jawapan yang berlegar-legar di fikiran anda?

1 comment:

zati_nadia said...

"saudara, saya ingin bertanya kepadamu. adakah saudara hendak membawa saya ataupun saya yang patut membawa saudara?"

Jaw 1 - Kuda kita yang akan bawa kita...kita just pandu arah yang betul. jika bawaan saya salah..betulkan..dan begitulah sebaliknya...pendeknya kata..saling 'membawa' ke jalan yang lurus...^_^..

"apakah pandangan saudara berkenaan pokok buah itu?adakah tuan punya kebun itu sudah memetik buahnya?"

Jaw 2- Pandangan saya...SUBHANALLAH...sungguh hebat ciptaan Allah ni yer...hmm...menurut apa yang kita pandang..memandangkan masih banyak lagi buah2an yang ada...mungkin tuan punya kebun tak petik lagi buahnya..tapi almaklumla kan...pandangan manusia selalu menipu..pandangan Allah lah yang tepat..Wallahu'alam...^_^

"apakah pandangan saudara, adakah mayat yang berada dalam keranda itu masih hidup atau sudah mati?"

Jaw 3- eh eh saudara nie...sudah tahu bertanya lah pula...^_^..jawapan standardnya..sudah tentulah sudah mati...tapi utk jawapan high standardnya...insyaAllah...jika matinya itu kerana JIHAD FI SABILILLAH..pastinya dia sentiasa hidup...

"Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki"{ALI-IMRAN:169].

Wallahu'alam....

^_^