permulaan shift dimulakan dengan sesuatu yang seronok tetapi pengakhiran shift sesuatu yang menyedihkan berlaku..seorang patient under my acute cubicle telah dijemput oleh Allah untuk menemuiNya...semoga rohnya dikumpulkan dikalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah..
entah kenapa rasanya setiap kali incharge acute cubicle mesti ada patient meninggal..adakah saya kena mandi bunga?
beginilah kehidupan, ada saatnya Allah berikan kita kesenangan dan kegembiraan, adakalanya Allah berikan kesedihan dan adakalanya Allah berikan kesusahan kepada kita...sebabnya Allah sangat sayangkan kita...dia Maha Mengatur dan Berkuasa atas segala-galanya...kadang2 kita mengahrapkan sesuatu, tetapi Allah bg pada kita sesuatu yang tidak di duga yang kita xnk..rupa-rupanya perkara yang selama ini kita xnk tu, membawa kebahagian kepada kita kelak..betapa hebatnyakan rahsia Allah..
pada hari ni juga saya menyedari bahwa nikmat memberi itu sangat nikmat..selepas selesai urusan LO, saya telah menjumpai keluarga pesakit dan mengucapkan takziah kepada mereka dan memberikan sedekah..bukan niat utk mewar-warkan kebaikan saya disini, ttp cuba untuk kita sama-sama mengambil iktibar bahwa dengan perbuatan memberi itu perception dr keluarga pesakit terus berubah..dia merasakan sangat terharu, sgt berterima kasih kpd kita dan menyedari bhw anggota kesihatan ni sgt prihatin..Dia kata kt saya "Baiknya misi..terima kasih byk2..semoga hidup misi berkat sokmo...terima kasih jg mak sy.." kalau anda apa yg anda rasa bila ada orh ckp gitu?terharu kn..
sebenarnya sy rasa sgt bersalah kepada keluarga pesakit kerana br saja emaknya meninggal saya sedang bergelak ketawa dengan teman-teman yang lain..bukan tidak simpati, dlm hati hanya Allah saja yang thu betapa rasa bersalahnya kepada ahli keluarga arwah kerana berketawa tetapi saat itu mmg tidak dpt mengawal diri utk ketawa..ada bbrp SN yg buat lawak..
Dalam islam, kita sangat dituntut untuk menziarahi orang sakit dan orang mati kerana ini dapat menyedarkan kita bahawa hidup kita xselalu indah, mati tu pasti ada..jd bila kita igt mati, jd kita sedar hidup ni xlama,,maka kita akan berlumba-lumba buat ibadah..
sebenarnya bertuah sebenarnya kita jd salah seorg ahli kesihatan ni sbbnya hari-hari kita tgk org sakit, org mati..spptnnya kita lebih rajin beribadat..tp fenomena skrg, kita seolah-olah jd lali dgn sakit dan mati..kita xmuhasabah diri kita, kita still lg lalai dengan keindahan dunia....
fikir-fikirlah..
No comments:
Post a Comment