Saturday, March 20, 2010

pink solehah metal

setelah sekelian lama, akhirnya 4 org ahli pink solehah metal bertemu semula..

sape pink solehah metal ni?

pink solehah metal ditubuhkan pada 2001 namun ketika itu geng ini tiada nama yang rasmi hanya dikenali dengan NORMEI & d gang...pada tahun 2002 ketika zaman itu dihuru harakan dengan kejadian black metal, pink metal dan segala metal (mmg mental org2 ni..) maka terciptalah pink solehah metal...kenapa memilih pink solehah metal..? sbb gang ni lah gang paling teruk kot ketika itu di sebuah sekolah agama di kuala terengganu tetapi masih mengekalkan ciri-ciri solehah...biasalah bdk2 sek agama teruk mana pn still baik lg..heh..

ahli2nya terdiri dari NORMEI, ETOQ, MC LYNN, AJA, EMI, dan PEIJA..dan pada awl 2001 ada ahli baru iaitu HANA. kejadian sedih menimpa gang ini apabila PEIJA menjauhkan diri setelah pelbagai onak dan duri ditempuhi pada pertengahan 2001..tiada siapa mengetahui sebab PEIJA menjauhkan diri kecuali AJA. PEIJA mengutuskan surat pada AJA ketika AJA bertukar ke sekolah lain pada 2002 ketika Form 4..setelah pemergian AJA ke sekolah lain, HANA turut berpindah ke sekolah lain..maka tinggallah NORMEI, ETOQ, MC LYNN dan EMI..sekali lagi berantakan terjadi dlm gang ini..MC LYNN memasuki gang lain KIROH & d Gang (yang menjadi pesaing kpd Pink Solehah Metal) dan EMI bergabung semula dengan gang lamanya iaitu gang XUNUDU. maka dengan hanya 2 org ahli, PINK SOLEHAH METAL seolah-olah berkubur...

Gang ini telah banyak menempuhi onak dan duri antaranya ialah:
1. didenda jalan itik oleh warden kerana x smyg berjemaah
2. didenda henjut telinga dalam surau sebab xlengkap rakaat dengan iman wlpn 1 rakaat je xsempat
3. didenda berdiri di hadapan perhimpunan pagi kerana lewat ke sekolah
4. dicemuh oleh akak2 senior dan pengawas asrama kerana megang
5. dipanggil oleh guru disiplin kerana ada junior mengadu selalu buat bising dlm bilik
6. di shuffle kn bilik..kena pindh dr port berkumpul.
7. perpindahan AJA ke sekolah lain..igt lagi ketika makan kita borak2 then EMI wat lawak tetapi kita tiba2 menangis dlm ketawa..yelah lps ni xleh dh nk ketawa2 mcm ni...

pelbagai kenakalan yang dilakukan..
1. masuk ke asrama lelaki ketika diorg p smyg jumaat (adalah 2-3 org yg nk cek bilik boyfriend diorg)
2. mem'blackout'kan satu asrama
3. mem'blackout'kan bgnn yg spttnya kami prep sbb nk duk dlm kelas sendiri
4. mengusik lelaki yg plg pelik kt sekolah tu
5. ada satu hari, ketika usai smyg zohor, ternmpk sorg bdk laki yg 1 batch msk tandas. then tggu smpai dia kuar tandas...bdk laki tu adlh dlm sejam xbrani nak kuar dr tandas..haha...
6. jerit2 nama kt koloh tmpt amik air smyg sbb nk srh bdk laki dengar..hoho
7. tusuk selipar bdk yg plg boolahh dlm batch kami lps smyg

antara kenangan manis yg diingati;
1. sama2 menjual gula-gula, kepek, tika join Persatuan Usahwan Muda (PUM)
2. ptg2 duk kumpul kt kusi batu..nyanyi lg yg popular masa tu. kalu hari minggu xsabar nk tggu mak/ayah masing2 sbb lps tu blh jamu mkn sama2 kt kusi batu
3. kalu outing, mesti mkn kt kedai kt stesen bas tu
4. sama2 skodeng secret admire dr tingkp bilik
5. waktu rehat, kalu sorg order mee bandung, sume mkn mee bandung
6. organize games utk F3 after SPM
7. sama2 ponteng kelas sbb nk bgks hadiah
8. kalu outing kedai wajib pergi mydin, hock kee seng, kedai mkn stesen bas, PSI dan masjid puteh dan round satu bndr...kalu fikir skrg mcm mana lah blh larat round 1 bndr jln kaki dgn hot climate
9. pura2 sakit sbb xnk p prep..tido kt blk sakit...warden mari cek..ak yg kena berlakon sakit..nsb baik xkantoi
10. cop tempat kt blk TV..berebut2 nk duk dpn. nk tgk cerita jepun rasanya...
11. tel Radio Malaysia Terengganu time nk periksa PMR, masa call tu slot xkena lah plak..pastu ramai2 jerit Terengganu..kami minta maaf.!!!!! terus ltk gagang..agak2 smpt dgr x dlm radio?huhuhu
12. kakak EMI kawin, kita xde hadiah..pastu amik gula kat umah AJA 2 kilo, bgks cntk...marah kakak emi...

n byk lagi kenangan....

sekarang, Alhamdulillah ahli-ahli Pink Solehah Metal sumenya berjaya..sume jd cikgu kecuali AJA..hehe..mmg pelik sokmo dia ni dr org lain..dr dlu lg xpatuh pd prinsip Pink Solehah Metal dan arahan ketua NORMEI

kami berkumpul d tmpt mkn kenangan kami..kedai mkn d stesen bas..

ETOQ (dr kiri) kini mengajar di sek men di selangor
NORMEI kini mengajar di sek ren di Kulai, Johor

HANA (dr kiri) kini mengajar di sek men di Kemaman
AJA kini bertugas sbg nurse U41 di HSNZ

ahli-ahli lain yg xhadir...
EMI sdg bljr jd cikgu TESL d UM (thn akhir)
MC LYNN sdg bljr jd cikgu d maktab d KL (thn akhir)
PEIJA cikgu d...(xthu lokasi)


I LOVE YOU ALL!!!
Muahh!!...MUahH!!...mUaHH~

No comments: