Wednesday, March 31, 2010

jerawat oh jerawat

di muka saya sekarang ada satu jerawat..agak besar juga lah..hanya kerana satu jerawat ramai betul orang tegur..kira2 5 org jgk lah..lbh dr 3 org kira byk lh kn..

"knape muka ada jerawat?"

dah dia nak tumbuh nk wat macam mana..

ok apa itu jerawat?
jururawat juga dikenali sebagai akne..

ia terjadi disebabkan oleh:
>>1. liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di permukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar
>>2. terdapat peningkatan pengeluaran minyak daripada kalenjar minyak (sebaceous gland). keadaan ini bergantung kepada hormon serta gen seseorang
>>3. terdapat jangkitan bakteria pada dukta liang roma (disebabkan oleh bakteria Propionebacterium Acnes)

bagaimmana mahu mencegahnya?
>>1. mencuci muka seurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka yang lembut
>>2. mengelak daripada menggunakan kosmetik berasaskan minyak. Pilih kosmetik yang non-comedogenis
>>3. mengamalkan pemakanan yang sihat. Makanan boleh memberi kesan kepada kulit anda. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan
>>4. lebihkan minum air kosong
>>5. bersenam untuk membaiki perjalanan daran dan nutrien ke kulit
>>6. mengurangkan tekanan dan mengamalkan teknik relaksasi..

Doa rasulullah

As-Sunni menyebut dalam bukunya riwayat daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w yang menceritakan,

“Rasulullah s.a.w pernah menemuiku, ketika itu di jariku tumbuh seperti jerawat. Baginda s.a.w bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi zarirah?”. Aku menjawab, “ada”. Baginda berkata, “Bubuhkanlah pada jerawatmu itu lalu ucapkanlah doa:




“Allahumma musa-ghiral kabiir wa mukabbiras saghiir, sa-gghir maabi”

Ertinya: Allah Yang Mengecilkan Yang Besar dan Yang Membesarkan Yang Kecil, kecilkanlah jerawatku ini

Dikeluarkan oleh al-Hakim dan beliau berkata “Sanadnya sahih namun ia tidak dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim dan dikuatkan oleh az-Zahabi


Sumber:
1. my health di sini
2. Doa di sini
3. lain-lain di sini

No comments: