Thursday, April 01, 2010

kisah sehelai baju

Di sebuah kedai tukang jahit di Lorong Haji Ali terdapat sehelai baju yang amat cantik telah di jahit oleh seorang tukang jahit yang profesional. Ia diperbuat dari kain yang amat bermutu tinggi, jahitan yang sangat kemas dan sempurna dan dicorakkan lagi dengan manik-manik dan perhiasan permata yang sangat bernilai. Baju itu sangat berbangga dengan kecantikkan dirinya.

Tukang jahit itu menyimpan baju tersebut di dalam sebuah almari kaca yang berkunci dan mempunyai pancaran cahaya yang menyerlahkan lagi keindahan baju tersebut..Setiap hari tukang jahit akan memastikan baju itu berada dalam keadaan baik. Baju tersebut sangat senang hati berada di dalam almari kaca tersebut kerana setiap kali orang awam melalui jalan tersebut, mereka akan terpegun, tertawan dan terpana dengan keunikan dan kecantikannya.

"wah..cantiknya baju ni...kalaulah ak dapat miliki.."
"baju ni sangat menarik"
"menarik baju ni"
"baju ni dh dimiliki belum? nk try lah"
"suatu hari mesti ak akan dapat baju macam ni"

Setelah berbulan berada dalam almari kaca tersebut, baju itu sudah mula rasa sunyi..dia ingin seseorang memilikinya dan menabur bakti kepada tuannya..dia ingin sekali membuatkan tuannya bangga kerana dapat memilikinya..namun apakan daya, tiada seorang pelanggan pun berani untuk mendapatkannya

"Aku x layak pakai baju ni.."
"Baju ni mesti mahal...tgk jelah.."
"Ni mesti ada artis yang tempah.."
"Orang-orang kelas atasan je ni boleh pakai..."
"Siapa punyalah baju ni..bertuah orang tu"

baju itu sangat sedih. ingin sekali dia menjerit..

"plzz..try me"
"xde sape2 pn yg tempah lagi.."
"sape2 je boleh beli xkira golongan asalkan ada duit"
"ko blh jd org bertuah tu.."
"xsemestinya org kelas atasan, sape2 je"

namun tiada sesiapa dapat mendengar rintihannya..

Pada suatu hari..Lorong Haji Ali mengalami hujan yang sangat lebat..memaksa seorang orang awam utk menyinggah sebentar di kedai tersebut..sedang memerhatikan keadaan sekitar kedai tersebut, matanya melekat pada keindahan baju tersebut...Baju itu juga seolah-olah suka pada wanita itu..dengan susuk tubuh yang menarik, perwatakan yang menarik dan mempunyai imej yg tersendiri...Baju itu sangat berharap wanita itu terbuka hati untuk membelinya...mereka saling memandang..masing-masing tertarik...Namun.....sedari hujan telah terhenti..wanita itu melongkah longlai keluar dari kedai tersebut sambil terus memandang baju tersebut..

baju itu menangis..tetap lah ia dalam almari kaca tersebut..

Selang beberapa hari kemudian, datang seorang pelanggan datang ke kedai tersebut. Dia tertarik dengan baju tersebut dan mula membelek-beleknya. Lantas, pelanggan tersebut menyuarakan hasrat hati untuk memiliki baju tersebut..Namun, nasib masih tidak memihak kepada baju tersebut..tukang jahit tersebut enggan untuk menjualkan baju tersebut kepada pelanggan tersebut. Tukang jahit itu masih mencari-cari orang yang difikirkan sesuai dengan baju rekaannya itu..

to be continued..

adakah baju itu akan di miliki?
siapakah orang yang bertuah memilikinya?

so ikuti kisah sehelai baju dalam post yg akan dtg...hehehe

2 comments:

Unknown said...

sambung ar cpt...

metafora said...

xde mood nk bernovel lg..tggu mood ada dlu