Tuesday, April 20, 2010

I'm a Muslim

Bagi memastikan saya benar-benar muslim:

1. saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun.

2. Saya mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah mencipta segala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan

3. Saya mestilah beriman bahawasanya Allah Subhanahu Wata'ala telah mengutuskan Rasul-rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke mana mereka akan kembali. Saya juga beriman bahawa RAsul terakhir dari kalangan Rasul-rasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad S.A.W.

4. Saya mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenali Allah 'Azza wa jalla seperti mana yang Allah Subhanahu Wata'ala sendiri menjelaskannya, memberi penuh ketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya.

5. Saya mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mu'min yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir ialah api neraka

6. Saya mestilah beriman bahawa sekelian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun kebaikan yang dilakukan itu tidaklah berlaku melainkan dengan taufiq dan hidayah dari Allah. Manakala amalan jahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termsuk dalam batasan keizinan dan kehendakNya

7. Saya juga mestilah beriman abahwa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlk Allah. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelakanginya

8. Saya mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yang layak bagi kemuliaanya

9. Saya mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukan memikirkan tentang Zat-Nya sebagi mengikuti dan mentaati perinta Rasulullah S.A.W

10. Berhubung degan sifat-sifat Allah terdapat banyak ayat-ayat suci A-Quran Al-Karim yang membuktikan kesempurnaan Ketuhanannya (Uluhiyyah)

11. Saya mesti menyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang penta'wilan dan penta'thilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allah tabaraka Wata'ala

12. Saya juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidak menyengutukannya dengan yang lain

13. Saya juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain

14. Saya mesti senantiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namanya untuk menjadikan diam saya itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakap adalah kerana berzikir.

15. saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat dengannya.

16. Saya mesti bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan dan menyandarkan setiap urusan kepadanya

17. Saya mestilah mensyukuri nikmat2 ke atas diri saya yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tdak terhitung jumlahnya

18. Saya mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah, istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di saming memperbaharui taubat dan iman, juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.

19. saya mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai di bawah pengawasan) dengan Allah Subhanahu Wata'ala dalam keadaan terang mahuoun tersembunyi.



Dipetik dari buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam
Pengarang Fathi Yakan

No comments: