Wednesday, April 21, 2010

mata

Mata! Semua manusia menganggap mata itu adalah satu anugerah paling berharga yang dikurniakan oleh Allah. Tanpa mata kita tidak boleh melihat betapa agungnya alam ciptaan Allah ini, kepelbagaian flora dan fauna dan rupa diri kita yang serba sempurna ini. Namun bagaimana pula degan insan yang dilahirkan tanpa pancaindera ini? Jangan kita lupa bahawa sebenarnya kita mempunyai 6 pancaindera sebenarnya. Pancaindera keenam ialah mata hati. Mata hati ini lebih penting daripada mata yang sebenar-benarnya. Tanpa mata hati, maka tiadalah penunjuk arah ke jalan kebenaran. Mata hati ini perlu di jaga lebih rapi daripada mata pancaindera. Gelap sedikit pancaindera ini, maka mulalah kita akan berpaling dari jalan yang sebenar. Kesan daripada ini, maka berlakulah revolusi maksiat di merata tempat. Oleh itu, sedarlah kita sebagai hamba Allah, jagalah kedua-dua anugerah pancaindera ini dengan sebaik mungkin dan bersyukurlah...


p/s:
Artikel di atas adalah artikel yang di tulis oleh saya untuk majalah sekolah SESTER ketika F5. Pada suatu hari tu, guru penasihat majalah sekolah kekurangan artikel untuk di muatkan dalam majalah sekolah, Autentik jadi dia memberi tugasan kepada kelas kami untuk membuat satu karangan pendek. Masa diberi hanya 30 minit sahaja. The best artikel akan di pilih untuk diletakkan dalam majalah tersebut..Hehe..xsangka pulak my artikel terpilih..macam xpercaya i can wrote that article..huhu..kalau sekarang cikgu tu bagi tugasan, confirm xdpt buat..

No comments: